Penunggang m4ut motosikal rempuh kereta buat U-turn sebelum terb4kar

 

Tular satu rakaman papan pemuka (dashcam) memaparkan seorang wanita maut apabila motosikal ditunggangnya terbakar selepas merempuh sebuah kereta yang secara tiba-tiba membuat pusingan U.

Difahamkan, kejadian berlaku berdekatan Sungai Janggut di Jeram, Kuala Selangor pada 15 Julai lalu menerusi perkongsian di akaun ‘Kau Layan Jela’ di laman Facebook.

Kejadian itu membabitkan mangsa, Siti Nor Manisah Adila Rosdi, 26 yang tidak dapat diselamatkan susulan api marak membakar kedua-dua kenderaan tersebut.

00:00
01:00

Salah seorang rakan sekerja mangsa, Lynda Hamdan berharap kematian Allahyarham Siti Nor Manisah dibawa ke muka pengadilan sekali gus terbela.

“Semoga nasib arwah kawan sekerja saya terbela. Al-Fatihah,” tulisnya.

Sementara itu, abang mangsa dikenali sebagai Haidir Rosdi turut bersedih atas kejadian menimpa adiknya selain mendoakan arwah adiknya ditempatkan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Angah sayang kau dunia akhirat

“Berat hati ni nak redakan pemergian kau, Allah lebih sayang kan kau, Ya Allah ampunkan dosa dosa adikku Siti Nor Manisah Adila binti Rosdi.
“Kau lapangkan kuburnya, syurga tempatmu sayangku Nisa Adila. Angah sayang kau sampai bila-bila, kau pergi dalam keadaan syahid. Al-Fatihah,” katanya.

Walau bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak polis berhubung kejadian terbabit. Salam takziah buat keluarga mangsa!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih




Comments

Popular Posts