Disangka Punca Nahas Murid, Isteri Ber4ng Pemandu Treler Tak Bersalah Dib4ntai




Semalam seorang murid Darjah 3 terbabit nahas treler, ketika dalam perjalanan balik dari sekolah di Kampung Telok Gong. Menurut siasatan awal polis, Allahyarhamah Nurul Jannatun Assyifa bersama adik lelakinya membonceng motosikal yang ditunggang oleh pengasuhnya. Ketiga-tiga mereka juga dilaporkan tidak memakai topi keledar.

Kejadian berlaku di ambang Ramadan…baju raya sedondon keluarga pun baru siap

Selepas keluar dari simpang, wanita itu dikatakan gagal mengawal motosikal ekoran jalan berpasir sebelum ketiga-tiganya tersungkur di jalan raya. Bagaimanapun, kebetulan sebuah treler yang dalam perjalanan ke Telok Gong tidak sempat mengelak mereka. Lebih menyayat hati, kejadian itu berlaku di ambang Ramadan dan baju raya sedondon keluarga kanak-kanak itu baru sahaja siap.

Disangka punca nahas…pemandu treler terus ‘dibantai’ orang awam

Sementara itu, beberapa orang awam di lokasi kejadian bertindak ‘membantai’ pemandu treler berusia 36 tahun tersebut. Bukan itu sahaja, bahkan dompet dan kamera dashboard turut dirampas. namun begitu, video dashcam daripada kereta saksi lain menunjukkan treler itu bukanlah punca kejadian seperti yang didakwa.

Jangan menghukum jika tak tahu jalan cerita…bukti semua ada, suami saya tak bersalah

Menurut wanita dikenali sebagai Ezza, suaminya yang disangka punca nahas sebenarnya tidak bersalah dan semua bukti sudah dikumpulkan. Oleh itu, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang tergamak menyerang pemandu treler tersebut secara melulu. Dalam waktu yang sama, Ezza memohon doa semua pihak agar suaminya lekas sembuh.



Kredit : TikTok _kakngahezza_ 

Comments

Popular Posts