Pengantin Tahan Rasa Malu Hutang RM5k Ditagih Atas Pelamin Sebab Liat Bayar Memang Patut Minta, Bukan Hutang Biasa Tapi Rupa2nya...

 

Tular di TikT0k seorang wanita digelar Ayu berkongsikan vide0 di mana dia menagih hutang 'kutu' pada seorang wanita di atas pelamin apabila wanita itu mendiamkan diri setelah mendapat wang 'kutu'nya.

Menurutnya, wanita itu tidak membayar wang sekitar RM5,000 sehingga menyebabkan individu lain yang terlibat tidak mendapat wang mereka.

Menerusi vide0 itu, wajah pengantin yang digelar Dewi itu berubah secara tiba-tiba apabila terlihat kehadiran Ayu bersama yang lain. Menurut Ayu, dia sudah berkali-kali cuba menghubungi Dewi dan keluarga wanita tersebut namun tidak berhasil.

Dewi kemudian menjelaskan hal itu kepada suaminya dan si suami cuba bercakap baik-baik sebelum Ayu turun semula dari pentas. Menurut Ayu, dia terpaksa berbuat demikian kerana laporan polis sudah dibuat namun masih tidak selesai.







Comments

Popular Posts