Genap 30 hari suami koma, isteri baru bersallin anak 4 bulan kecewa dengan kebajikan PDRM, dilayan seperti pengem1s


Genap 30 hari suami koma, isteri baru bersallin anak 4 bulan kecewa dengan kebajikan PDRM, dilayan seperti pengem1s

Hari nie genap 30hari suami koma…Dalam 30 hari nie,macam2 dah yg aku dan keluarga lalui…aku ditekan dari segi emosi oleh beberapa pihak…

Hari ke 8 baru ada bahagian kebajikan yg datang melawat..semasa lawatan,Dorang pesan kalau ada perlukan apa2 hanya minta di pos polis hospital nanti mereka akan sediakan…

tapi bila malam tadi buat pertama kali aku minta utk pinjam kerusi malas sahaja sebab utk buat aku baring semasa teman suami dihospital, mereka tolak aku ke sana sini…end up, tiada pon kerusi malas dan aku tahu anggota bahagian kebajikan pertikaikan bila aku bising2…

aku tak paksa pon korang berjanji bulan dan bintang tapi korang sendiri yg berpesan begitu,bila aku perlukan korang tak boleh nk bagi..buat ape berjanji?minggu lepas, sepanjang minggu doktor mendesak utk nak discharged kan suami dengan alasan dia dah stabil dan tidak memerlukan rawatan dgn pakar lagi…

setiap hari mendesak keluarga utk sediakan peralatan utk membawa pulang suami yg masih KOMA.. hari khamis minggu lepas suami baru boleh bernafas sendiri dan doktor sekali lagi mendesak utk dischargedkan suami dgn alasan wad perlukan katil kosong sedangkan masa tu byk katil yg kosong sampai ke waktu nie…

tapi aku dan abg suami mintak tempoh,sebab kami tahu suami masih tak stabil..doktor tersebut cakap dia hanya boleh bagi suami stay 1 malam je lagi,and hari jumaat kami terpaksa sewa ambulans utk membawa suami pulang ke kampung…

semasa dalam ambulans ,lagi beberapa kilometer nak sampai ke rumah,suami terkena sawan di dalam ambulans..sampai je kat rumah,aku terus call 999 utk bantuan ambulans kerajaan sebab ambulans swasta yg disewa takde kelengkapan yg lengkap.. dalam 20minit ambulans sampai,terus suami dibawa ke red zone hospital jelebu…

keadaan suami semasa disana kritikal dan bila2 masa jantung dia boleh berhenti…2 kali semasa di red zone Hospital Jelebu doktor mintak utk intubatekan suami tp risiko nya jantung akan berhenti utk selamanya…

Dengan izin Allah,kemudian nya keadaan suami ok sikit dari sebelum nya tapi masih lagi diserang sawan…semasa kejadian,dari malam sampai ke pagi suami kerap diserang sawan..di hospital jelebu,doktor mengatakan yg suami demam…

macam mana seorang doktor boleh dischargekan patient yg masih tak stabil,masih ada kuman di dalam darah dengan begitu mudah?adakah kerana dia anak yatim piatu dan hanya lah orang bawahan,maka dia dilayan dengan sambil lewa sahaja ..

Aku sebagai isteri,kecewa dengan Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) dan Hospital Tuanku Ja’afar Seremban …

Suami aku dilayan begitu,aku sebagai isteri ditekan emosi oleh sesetengah pihak,dimana keadilan utk aku dan keluarga?aku tak mintak dilayan macam puteri raja,tapi apa guna ada bahagian kebajikan dalam badan PDRM kalau hanya utk menekankan lagi emosi keluarga?

aku ada anak kecik,anak aku baru 4 bulan dan menyusu badan tapi aku dilayan sebegini rupa ibarat pengemis…pagi tadi nurse bagitahu keadaan suami dah tak sama seperti sebelum nie…sekarang dia dh kurang bagi respons… Siapa nk bertanggungjawab??

Assalamualaikum saya dengan rendah hati mohon semua doakan suami saya sedar semula..semalam pada 2 syawal hanya kerana asbab digigit tebuan suami terus rebah di dapur dan kepala dia terhentak ke lantai simen…

semalam keadaan dia kritikal dan semalam jugak doktor dah keluarkan 1.5 liter darah beku dari kepala dia..sekarang suami masih ditidurkan selama 24jam di ICU utk hentikan pendarahan..

Saya harap semua yg mengenali ataupun tidak dapat doakan suami saya Mohamad Azwan bin Mohd Zin semoga dapat bangun semula dan cepat sembuh dari sakit nie. ..

anak dia baru berusia 3 bulan,tengah dahagakan kasih sayang ayah dia lagi 😭 mohon doakan ye semua terima kasih

Comments

Popular Posts