Alamak, Rupanya Kutipan RM9J Baby Naail Tidak Cukup, Kita Kalah Dari Segi USD

 




10 Mei lalu menjadi detik syahdu buat rakyat Malaysia kerana kutipan dana untuk Baby Naail mencapai sasaran RM9 juta menerusi usaha tabung Misi Rakyat. Pengasas Yayasan Misi Rakyat iaitu Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi turut mengalirkan air mata setelah menjadi orang pertama yang menyaksikan angka berkenaan dicapai.

Founder Misi umumkan berita mengejutkan malam tadi

Misi kemudiannya beralih kepada Baby Athif yang mempunyai komplikasi kesihatan sama seperti Baby Naail. Giat mengajak ramai orang untuk mempercepatkan derma bagi mendapatkan jumlah RM9 juta, namun ada pula berita mengejutkan dimaklumkan malam tadi melalui akaun TikTok rasmi @Founder Misi.

Baby Athif (kiri) & Baby Naail (kanan) menghidap masalah kesihatan jarang jumpa : Atrofi Otot Spina (SMA)

Kita kalah dekat currency…Pihak pengeluar ubat tunggu kita cukup duit

Mengikut mata wang USD, jumlah rawatan sebenar adalah bernilai 2.125 juta dolar. Dalam erti kata lain, Baby Athif masih belum mendapat rawatan yang sepatutnya kerana pihak medik terbabit menunggu wang itu cukup terlebih dahulu. Hanya berbaki lebih kurang RM200,000, Founder Misi menyeru orang ramai untuk sekali lagi mencapai target berkenaan.



Rakyat usaha kumpul dana untuk Baby Naail

Menurut tinjauan ke laman web dana Misi Rakyat, kutipan bernilai RM9.7 juta itu sudah mencapai 100%. Namun demi mencukupkan nilai yang diwar-warkan, netizen terus aktif memberi derma semampu mereka sejak malam tadi.

Kredit : TikTok Founder Misi

Comments

Popular Posts