Terkini !! Kelihatan Awan seperti bentuk manusia yang berjalan di atas awan kelihatan dari Puncak Bukit.

 

PERNAHKAH sewaktu anda menaiki kapal terbang dan melihat melalui tingkap, ternampak kelibat seperti susuk manusia di atas permukaan awan? Ia bukan sesuatu yang biasa dilihat, malah jarang diperkatakan. Namun, ia pernah menjadi topik hangat di luar negara selepas ada penumpang kapal terbang yang mendakwa melihat kelibat mirip susuk manusia berdiri di atas permukaan awan.

Antara yang pernah dihebohkan ialah foto yang dirakamkan oleh Nick O’Donoghue pada tahun 2016. Ketika itu dia berada di dalam sebuah penerbangan EasyJet dari Austria ke Cork, bandar kedua terbesar di Republik Ireland.

Duduk di kerusi paling dekat dengan jendela, ketika pesawat terbang pada ketinggian altitud 30,000 kaki, Nick menatap ke luar jendela dan terkejut melihat susuk seperti manusia di kejauhan. Dan saat kapal terbang mendekati, bentuknya kian jelas terlihat.

Bagi mendapatkan kepastian, lelaki berusia 31 itu meminta seorang penumpang wanita yang duduk di kerusi bersebelahan dengannya untuk melihat ke luar jendela. Ternyata wanita tersebut turut menyaksikan hal yang sama. Dia kemudian mengambil beberapa keping gambar fenomena aneh tersebut.

Foto yang dirakam Nick dari jendela pesawat.
Apabila dibesarkan, rupanya seperti figura manusia.

Nick memberitahu, penampakan tersebut berlangsung sekitar dua minit sebelum pesawat perlahan-lahan melewatinya. Daripada pengamatan beliau, figura itu tampak sama seakan logo Michelin, sebuah syarikat pengeluar tayar terkemuka.

Setahun kemudian, pada 15 Februari 2017, penampakan yang hampir sama turut dilaporkan oleh beberapa orang penumpang pesawat lain. Seorang saksi berkata, kejadian itu berlaku sewaktu dalam penerbangan dari Warsaw, ibu negara Poland ke London Heathrow.

Semasa pesawat terbang di ruang udara Lodz Voivodeship, beliau melihat keluar tingkap dan ternampak sesuatu yang aneh menyerupai manusia di atas awan, berhampiran dengan kapal terbang. Beberapa keping gambar telah dirakam penumapng sebagai bukti.

Kata saksi lagi, susuk ganjil itu bukan satu, tetapi empat – dua tinggi dan dua lagi rendah. Perbezaan ketinggian itu terlihat seolah-olah seperti dua orang tua dan dua orang kanak-kanak. Kesemuanya gelap dan kurus di mana bahagian atas sedikit besar berbanding bahagian bawah yang lebih nipis. Saling berdiri berdekatan dan sama sekali tidak bergerak.

Foto yang dirakamkan penumpang dalam pesawat dari Warsaw.

Kedua-dua kes penampakan itu telah menjadi topik perbincangan di alam maya. Daripada diskusi tersebut, ada pengguna Internet cuba mengaitkannya dengan humanoid. Istilah ini berasal dari Bahasa Latin iaitu Humanus, bermaksud manusia. Manakala dalam Bahasa Yunani – oeides bererti kesamaan ekspresi.

Ilmuwan telah menggunakan istilah humanoid sejak tahun 1918. Perkataan itu adalah bagi merujuk kepada fosil yang dianggap mirip seperti manusia, tetapi sebenarnya bukan manusia. Dan istilah itu juga digunakan untuk spesies yang diklasifikasikan sebagai Homo seperti Neanderthal, kerangka manusia berasal dari zaman Pleistosen yang hidup sekitar 600,000 hingga 350,000 tahun dahulu.

Teori itu bagaimanapun disangkal dengan mengatakan bahawa susuk seperti manusia itu sebetulnya tumpukan awan kumulonimbus yang berformasi pelik. Awan kumulonimbus selalunya disertai awan kumulus yang lebih kecil. Awan jenis ini merupakan awan vertikal – menjulang sangat tinggi, padat dan terlibat dalam ribut petir. Pangkalannya meluas meliputi dataran rendah menengah sehinggalah bahagian puncak.

Bahagian puncak awan biasanya mencapai sehingga ketinggian sekitar 40,000 kaki dengan tingkat ekstrem setinggi 70,000 kaki dan lebih. Ia turut membentuk menjadi supersel, iaitu sebuah ribut petir yang sangat besar dengan keunikan tersendiri.

Selain awan, ada juga yang berkata imej pelik mirip manusia berjalan di atas awan itu sebenarnya kepulan asap. Tumpukan asap tersebut dikatakan telah naik ke awan sehingga terlihat seperti manusia. Bagaimanapun, teori itu ditepis kerana zat-zat kepulan asap terlalu mudah larut di atmosfera dan tidak akan membentuk awan.

Lalu, apakah ia fatamorgana?  Fatamorgana merupakan sebuah fenomena logamaya di mana optik yang biasanya berlaku di tanah lapang seperti padang pasir. Menerusi fenomena ini, pembiasan cahaya akan melalui kepadatan yang berbeza sehingga boleh membuat sesuatu yang tidak wujud menjadi seolah-olah wujud. Begitu pun, teori tersebut disifatkan sebagai ‘tidak sesuai’ kerana ia tidak terjadi di lapisan horizon.

Kemudian, muncul teori baru yang dianggap popular dan diterima pakai. Pencetus idea tersebut menjelaskan bahawa figura berbentuk aneh itu sebetulnya adalah ilusi. Hal tersebut sangat lazim diciptakan oleh stesen menara jana kuasa nuklear Doel, bahagian utara Belgium yang memiliki dua buah menara pendingin.

Apabila diamati, kepulan asap kimia yang terhasil seperti ‘berkaki’ itu sering terbebas naik melalui awan sehingga terlihat menyamai kelibat manusia. Dikatakan juga bahawa stesen menara jana kuasa nuklear lain turut berada di sepanjang laluan udara Jerman.

Di beberapa buah negara lain, ada yang cuba bermain-main dengan atmosfera untuk membuat awan sendiri. Dan trend itu cukup popular di Amerika Syarikat. Mereka masih bereksperimen untuk melihat apakah penyemaian awan dapat mengurangi dampak angin taufan dengan cara membentuk awan untuk menghasilkan hujan. Difahamkan, kaedah yang sama juga digunakan di mana awan yang terbentuk itu mirip seperti figura manusia.

Teori paling logik fenomena aneh ini dikaitkan dengan stesen jana kuasa nuklear.

______


Comments

Popular Posts