Suami, isteri laku aksi ‘wheelie’ serah diri. Ramai terkejut bila tahu umur mereka

 

Kota Bharu: Dua remaja yang menunggang motosikal dengan melakukan aksi berbahaya tampil menyerah diri.

Pasangan suami isteri yang berusia 16 dan 17 tahun itu hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu selepas menghilangkan diri sejak dua hari lalu sebaik video mengenai aksi ‘Wheelie’ yang dilakukan tular.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pasangan suami isteri itu tiba di IPD Kota Bharu jam 10 pagi tadi dan penahanan dibuat untuk siasatan lanjut.

“Kedua-duanya akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu untuk permohonan reman.

“Siasatan lanjut akan dibuat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

TANGKAP layar aksi pasangan itu yang tular di media sosial. FOTO Ihsan Pembaca

“Jika sabit kesalahan, boleh membawa kepada hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih RM15,000,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Terdahulu video berdurasi 29 saat yangmemaparkan aksi dua remaja itu yang menunggang motosikal dengan melakukan aksi ‘Wheelie’ dengan berpakaian baju Melayu serta baju kurung tular di media sosial sejak 25 April lalu dan mendapat kecaman pelbagai pihak.

Polia Kelantan semalam mengeluarkan kenyataan berhubung usaha mereka mengesan dua remaja terbabit atas kelakuan yang jelas mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya.

“Muda lagi,rupanya,nasib baik masih lagi diberikan peluang untuk bernyawa lagi,andai kata semasa ber,Wheelie itu,berlaku sesuatu diluar jangkaan,menangis Orang2 tua dirumah” komen seorang netizen

Comments

Popular Posts