Hati2 dengan lagu “salam Ya Mahdi” dari Syi4h yang tengah trending.

 


SUMBER VIDEO TIKTOK 👇👇👇

Ada bait lirik yang menggusarkan. Lagu tu ada tulis ‘menempuh jalan Ruhillah (Ruh Allah)’. Ruhillah yang dimaksudkan Syiah dalam lagu tu adalah Khomeini. Boleh google siapa Khomeini.


Dan ada juga lirik ditulis ‘demi Raghib Harb, Qasem, Imad Mughniyyah, Abbas Musawi. Ni semua tokoh2 Syiah.


Nama2 yang kita (Sunni) jarang dengar.




Pesanan dan ingatan di Akhir zaman


Kalam Murabbi : Sheikh Hasnul Hakim


🌹Ahli ahli bencana telah berpesan agar masyarakat bersiap untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana yang akan berlaku pada bila-bila masa.


🌺Bagaimana untuk kita menyikapi perkara ini?


🌹Selain persediaan zahir para Auliya, ulama dan masyaekh telah menitipkan pesan agar kita semua :


- Membuat persediaan dari sudut keimanan, kuatkan ruh dan hubungan dengan Allah SWT.


- Perbanyakkan istigfar, selawat, solat taubat, sedekah


- Perbanyakkan doa dan doakan semua orang. 

Mohon Allah ampunkan semua dosa umat Islam dan mudah-mudahan Allah permudahkan dan tolak bala daripada berlaku ke atas kita semua. Dan jika pun berlaku kita dapat menghadapi dengan persediaan yang mencukupi.


🌹Hati-hati dengan fitnah-fitnah di akhir zaman ini.


🌹Contoh lagu 'Salam Ya Mahdi'. Lagu ini ditularkan oleh golongan Syiah dan kemudiannya diikuti. Lagu tidak salah tetapi berhati-hati dengan agenda tertentu yang mahu merosakkan akidah dan keimanan melalui lagu lagu tersebut.


🌹Hati-hati dengan kumpulan-kumpulan yang mengaitkan peristiwa-peristiwa dan bencana akhir zaman dan semangat Imam Mahdi yang bertujuan untuk menipu serta mengutip dana bagi kepentingan peribadi.


🌹Hati-hati dengan kumpulan yang mengaku adanya Imam Mahdi di kalangan mereka, mengeluarkan harta dan khazanah khazanah ghaib sehingga berlakunya perkara-perkara syirik.


🌹Bahtera terakhir di akhir zaman adalah dengan mengikat diri dengan para ulama dari Ahlulbait Sayyidina Rasullullah ﷺ samada daripada keturunan Al Husaini atau daripada keturunan Al Hasani.


🌹Masyhur peristiwa 'Karbala' yang berlaku pada tahun 61 Hijrah yang mengakibatkan terbunuhnya lebih 70 orang daripada keluarga Sayyidina Al Husaini r.a dan beberapa orang daripada keluarga Sayyidina Al Hasani r.a dengan begitu kejam.


🌹Allah selamatkan Sayyidina Ali Bin Zainal Abidin r.a dalam peristiwa tersebut dan daripada keturunan beliau lahirlah ulama ulama yang bertebaran ke serata dunia sehingga hari ini.


🌹Manakala keturunan keluarga Sayyidina Hasan r.a juga telah berlaku pembunuhan kejam ke atas mereka ketika zaman kerajaan Abbasiyah.


🌹Peristiwa ini disembunyikan oleh para ulama kerana mahu menjaga aib kerajaan Abbasiyah.


🌹Di dalam hadith diceritakan Sayyidina Rasullullah ﷺ dan para sahabat berhenti di sebuah tempat bernama Ghozwah Fakh di Mekah, baginda langsung mendirikan solat jenazah di situ. Setelah solat Sayyidina Rasullullah ﷺ bersabda :


'Sesungguhnya di sini akan dibunuh lelaki-lelaki daripada Ahlulbait, turun malaikat-malaikat daripada langit membawa kafan dan wangian dari syurga, ruh-ruh mereka mendahului jasad-jasad mereka untuk masuk ke dalam syurga. 

Di tempat inilah tentera-tentera Abbasiyah membunuh sebahagian besar Ahlulbait. Orang-orang beriman di kalangan keluargaku akan mati'


🌹Episod fitnah ke atas Ahlul Bait Sayyidina Rasullullah ﷺ sangat dasyat. 


🌹Terdapat hampir 200 Ahlul Bait dan pengikut di bawah pimpinan Hussein bin Ali bin Hassan bin Hassan bin Hassan bin Ali Abi Talib dan Fatima Az Zahra. 

Dari Masjid Nabawi menuju ke Fakh, kurang lebih 100 orang telah terbunuh dan dipenggal kepala mereka hingga putus. Bakinya ditawan, dirantai, diseksa dan dilayan tanpa perikemanusiaan sebelum akhirnya di bunuh oleh tentera Abbasiyah.


🌹Hamid Qutaidah, berasal dari Khorasan merangkap penasihat dan tentera Harun al Rashid. Harun Al Rashid, Khalifah kelima Dinasti Abbasiyah. Setelah kewafatan Harun al Rashid, Hamid Qutaidah telah mengadu akan huru hara ini kepada teman baiknya sambil meratapi dosa-dosanya terhadap Ahlul Bait.


“Aku telah dipanggil oleh Khalifah Harun Al Rashid. Beliau ingin memastikan kesetiaan yang tidak berbelah bahagiku padanya. 


Aku dengan yakin menjawab, “Apa sahaja perintahnya akan ku turuti".


Maka setelah beliau yakin, aku telah ditunjuki oleh khadimnya ke sebuah rumah besar. 

Di dalam rumah tersebut terdapat 3 buah bilik. 

Dan di tengah-tengah rumah tersebut terdapat sebuah perigi buta. 

Aku diarahkan untuk menamatkan semua yang masih bernafas di rumah besar itu.


Ku buka pintu pertama, ada lebih kurang 20 orang laki-laki. Kaki dan tangan mereka dirantai. 

Semua mereka adalah dari keturunan Fatimatul Zahra dan Ali bin Abi Talib. 

Aku melihat ada yang tua, yang separuh umur dan yang muda belia. 

Semua perlu ku hapuskan. 

Dan mayat mereka ku campak ke dalam perigi buta di tengah rumah.


Seterusnya, aku ke bilik kedua. Sepertimana bilik pertama, terdapat lebih kurang 20 orang kerabatnya Ali bin Hussein ibn Imam Ali bin Hasan Muthanna ibn Hassan as Sibt . 

Ku hapusi mereka dan ku campakkan semuanya ke tengah rumah.


Kemudian aku ke bilik ketiga. Jumlah mereka juga lebih kurang 20 orang. 

Kesemua mereka juga dari keturunan Ali, telah ku ulangi perlakuan yang serupa."


Maka terbuktilah kesetiaan dan khidmatku pada Harun al Rashid”


🌹Peristiwa ini merupakan detik-detik pahit yang paling menyedihkan dalan sejarah dunia Ahlulbait Baginda Nabi ﷺ. 

Sebagaimana Karbala, Fakh telah mencatat sejarah tercetusnya penebaran dan penghijrahan Bani Hassan ke serata tempat di dunia ini. 


🌹Imam Musa Al Jun berhijrah ke Baghdad. 


🌹Imam Idris Al-Akbar dan ayahnya Imam Abdullah Al Kamil juga hijrah ke Bagdad. 


🌹Imam Abdullah Al - Kamil akhirnya ditangkap dan di penjara. 

Setelah Imam Abdullah Al Kamil wafat Imam Idris Al Akbar pergi ke Maghribi atas perintah dan isyarat daripada baginda Rasulullah ﷺ . 


🌹Imam Idris Al - Akbar disambut dan dihormati oleh keluarga Barbar dan beliau mendirikan khalifah di sana. 


🌹Hebatnya para Ahlulbait Rasullullah ﷺ  yang ada di Hadhramaut juga di Maghribi walau pun kisah ini begitu pedih di dengar dan begitu menyayat hati tetapi mereka tidak menyimpan dendam serta dengan hati terbuka memaafkan. 


🌹Apabila dibacakan kisah-kisah ini di hadapan mereka, tidak ada kebencian kepada orang-orang terdahulu. 

Sifat dan karakter memaafkan yang ada kepada keluarga Ahlulbait Rasullullah ﷺ sangat hebat sepertimana Sayyidina Rasullullah ﷺ yang memiliki sifat pemaaf yang sangat hebat. 


🌹Peristiwa Fakh ini sangat panjang, ada yang benar, yang diputarbelit, disorok dan disembunyikan. Inilah fitnah. 


🌹Fitnah akhir zaman ini telah bermula sejak kelahiran baginda Rasulullah ﷺ dan kita telah berada hampir 1500 tahun sejak kewafatan Baginya Rasullullah ﷺ . 


🌹Di akhir zaman tidak mustahil berlaku fitnah-fitnah besar bagi memutuskan ikatan dengan Ahlulbait Rasullullah ﷺ dan menutup kebangkitan Imam Mahdi. 


🌹Sayyidina Hasan r.a juga telah difitnah dengan begitu dasyat. Difitnah memiliki isteri yang ramai sehingga beratus ratus wanita. 


🌹Semua fitnah dibuat bagi menjatuhkan 'wibawa' Sayyidina Hasan. 


🌹Apabila umat Islam mendengar dan terpengaruh dengan fitnah begini maka akan hilanglah hormat kepada Sayyidina Hasan sedangkan Sayyidina Hasan mewarisi akhlak, adab dan kepimpinan Sayyidina Rasullullah ﷺ. 


🌹Sayyidina Hasan mewariskan kepimpinan kepada Imam Abdullah Al Kamil, Imam Abdullah Al Kamil mewariskan kepada Imam Muhammad Nafsu Zakiyah seterusnya turun kepada Maula Idris Al Akbar. 


🌹Kita yang berada di akhir zaman Allah zahirkan tentang Auliya dan para ulama Ahlulbait Rasullullah daripada Hadhramaut dan Habaib daripada Magribi. 


🌹Tujuan dizahirkan mereka ini adalah supaya kita berpegang dan berpaut kepada mereka bukan sekadar mendengar, melihat dan seronok hadir ke majlis-majlis mereka sahaja. 


🌹Berpaut dan berpegang dengan bahtera Ahlulbait Rasullullah ﷺ dengan mengikat diri kepada mereka, pasti kita akan bersama-sama dengan Al muntazar Al Mahdi di akhir zaman. Jika bukan kita, anak-anak kita. 


🌹Wajib untuk ada pemimpin di kalangan kita iaitu pemimpin di kalangan :-

- Ahli agama 

- Mewarisi kepimpinan Ahlulbait Rasullullah ﷺ yang dilantik oleh Allah. 


🌹Allah zahirkan mereka untuk kita bersama mereka agar dijauhkan daripada kelalaian dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. 


🌹Para Auliya dan ulama dari kalangan Ahlulbait Rasullullah ﷺ dicintai Allah kerana kecintaan mereka kepada Sayyidina Rasullullah ﷺ lalu dengannya mereka mendapat isyarat-isyarat yang jelas daripada Allah SWT. 


🌹Ikat diri dengan Ahlulbait Rasullullah ﷺ dengan :

- Mengikut Sunnah baginda Rasulullah ﷺ. 

- Amalkan selawat-selawat termasuk selawat Azimiyah

- Ambil pendapat dan pandangan mereka dalam setiap perkara yang ada kaitan dengan Allah dan Rasul ﷺ. 

- Betulkan akidah dan ibadah. 


🌹Sama-sama ambil berat dan ambil cakna perkara ini. 

Jangan lalai sehingga kita melupakan peringatan-peringatan yang telah diberikan.

 

Comments

Popular Posts