Bomoh Dakwa Mampu Gandakan Duit, Mangsa Dib*nuh Apabila Kantoi



Kejadian berlaku di Desa Balun, Wanayasa, Ind0nesia. Seorang dukun yang dikenali sebagai Mbah Slamet mendakwa mampu menggandakan duit atau tarik duit.

Mbah Slamet telah mengiklankan helahnya di media sosial untuk mencari mangsa. Suatu hari, seorang mangsa yang di kenali sebagai Paryanto telah terpedaya dan memberi duit kepada Mbah Slamet pada Julai tahun lepas. Sampai tarikh yang telah dijanjikan, Paryanto masih tidak mendapat pulangan wangnya.

Pada 23 Mac baru-baru ini, Paryanto telah pergi bertemu dengan Mbah Slamet untuk meminta kembali wangnya. Paryanto sempat menghantar mesej kepada anaknya bahawa dia sudah sampai di rumah Mbah Slamet dan turut berkongsi lokasi rumah Mbah Slamet.

Pada 24 Mac, Paryanto sudah tidak dapat dihubungi dan anaknya bertindak untuk membuat laporan polis. Semua perbuatan Mbah Slamet terbongkar selepas polis membuat siasatan di rumah Mbah Slamet. Rupa-rupanya, setiap kali mangsa datang bertemu Mbah Slamet untuk meminta kembali wang mereka, mereka akan dihapuskan.

Mereka akan dihidangkan air dalam botol mineral yang telah dicampur dengan racun. Mayat mangsa di tanam dalam kebun di rumah Mbah Slamet. Jumlah mayat yang ditemui setakat ini adalah seramai 12 orang. Menurut pihak polis, jumlah itu mungkin akan bertambah. Mbah Slamet turut mengaku bahawa dia sendiri tidak ingat berapa ramai yang menjadi mangsanya kerana dia telah melakukan kerja ini selama lima tahun.

Duit-duit mangsa telah digunakan untuk Mbah Slamet berbelanja dan membayar hutang.  Menurut isteri Mbah Slamet, dia tidak mengetahui apa yang telah dilakukan oleh Mbah Slamet selama ini dan dia sendiri tidak berani bertanya sebab dia sering disakiti oleh suaminya. Dia turut meluahkan rasa lega kerana suaminya telah ditangkap oleh pihak polis.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Comments

Popular Posts