(VIDE0) Dua pejalan kaki m4ut dirempvh di Jalan Raja Laut, 2 pemandu ditahan


KUALA LUMPUR 20 Mac - Polis menahan pemandu Perodua Myvi dan Proton Wira yang terbabit dalam kemalangan maut dekat Jalan Raja Laut awal pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 3 Pagi itu, dua pejalan kaki disahkan maut manakala dua lagi parah.




Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu Myvi melanggar Wira yang mengubah haluan.

Beliau berkata, pemandu Myvi yang hilang kawalan kemudian melanggar empat orang pejalan kaki.

“Seorang mangsa berusia 22 tahun mengalami kecederaan parah dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Sementara seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Zon Kecemasan Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, dua lagi mangsa yang mengalami kecederaan parah masih dirawat di hospital.

Katanya, pemandu Wira berusia 22 tahun dan Myvi berusia 20 tahun tidak mengalami kecederaan dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu sehingga menyebabkan kematian.

Comments

Popular Posts