Sehingga suatu hari kami membuat VC dan saya nampak matanya bengkak dan dia ceritakan kalau duda tu rujuk semula dengan j4ndanya demi anak-anak.

 


Tolong hide ye. Ini fb jiran saya. Status kawan saya mulanya adalah isteri. Ibu kepada 3 org anak. Dulu bekerja sebagai Jurutera tapak binaan. Dia seorang wanita yang cantik.

Baik hati dan solat tak pernah tinggal. Walaupun dah berkahwin tapi masih lagi nampak macam anak d4r4. Dia ada aura yang tersendiri. Saya juga mengenali suaminya. Suaminya seorang yang baik. Sebaik dia.

Tapi perkahwinan mereka tak berjalan indah dan tak normal. 4 tahun tak tidur bersama walaupun serumah. Walaupun begitu mereka nampak bahagia di mata orang lain. Kawan saya ni penyabar sangat.

Cara dia menangani masalah rumah tangga dia dengan menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti amal dan travel.

Ramai pakar perubatan traditional merumuskan punca rumahtangga mereka disebabkan shir. Tapi mereka dah berikhtiar sehabis yang mampu. Berbagai cara dia pujuk suaminya termasuk mengizinkan suaminya berkahwin lain dan dia telah berhenti kerja.

Tapi suami dia sampai sekarang tak kahwin lain. Kalau saya dapat izin isteri tak tunggu lama dah. Esok jugak saya kahwin lain.

Kawan saya ni ramai orang suka. Ada yang datang rumah merisik sebab ingatkan dia tak kahwin lagi. Setakat nak cari pengganti suami dia rasanya tak payah tunggu sampai habis edah.

Ramai je yang tunggu dia jadi jnda. Termasuk saya. Tapi saya terpaksa ketepikan perasaan tu sebab dia dah anggap saya macam saudara kandungnya.

Mak saya sebagai mak dia sebab dia dah tak ada mak. Sehingga pada suatu hari dia mengadu kat saya yang dia dah sepakat nak settlekan masalah rumahtangga mereka. Suaminya pun kata dah sepakat nak cerai cara baik.

Suaminya dah lama nak lepaskan dia tapi dia je yang tak mahu. Mereka lebih selesa bersama hanya sebagai sahabat.

Saya kesian kat kawan saya. Saya bincang dengan isteri saya tentang poligami sebab isteri saya ni tak mengandung sedangkan sudah nak masuk 3 tahun berumah tangga. Sekali isteri saya meng4mvk dan s€r4ng kawan saya.

Terus kawan saya menjauhkan diri daripada saya. Tapi kami kawan sejak kecil dan dah macam adik beradik. Gaduh sekejap je dan berbaik semula. Semenjak hari itu isteri saya berubah 100 peratus.

Ambil berat pasal saya, tapi saya masih tetap ada niat nak memperisterikan kwan saya ni. Tiba-tiba kawan saya beritahu dia dah jatuh cinta dengan seseorang. Orang tu duda yang baru bercerai dan masing-masing dah tahu status masing-masing.

Kawan saya ni susah nak jatuh cinta. Tapi bila dia kata dia dah jatuh cinta memang dia sayang gil4 kat orang tu. Mudah sangat jalan cerita pertemuan dan kisah jatuh cinta diorang. Saya dah mula risau hati dia dipermainkan. Saya tak kenal duda tu.

Tapi mesti seorang yang hebat sebab taste kawan saya ni bukan calang-calang.

Gossip dah tersebar. Maklumlah orang cantik. Belum lagi bercerai dan masih dalam tempoh bertenang dengan process penceraiannya ramailah kawan-kawan lain yang nak try masuk jarum. Tapi ditolak baik oleh kawan saya.

Macam mana dia tolak saya begitulah dengan yang lain. Duda tu berjanji akan tunggu kawan saya. Percintaan mereka nampak indah sebab kawan saya sangat ceria. Sekian lama tak nampak dia gembira sebegitu.

Dia bahagia menceritakan impian barunya kepada saya. Dia tak impikan perkahwinan semula yang gemilang. Tak perlukan duit hantaran dan cukup dengan mas kahwin dan akad nikah sahaja. Dia tak akan menyusahkan bakal suaminya kelak.

Tapi memang begitulah cara kawan saya menyintai seseorang. Dia tak akan menyusahkan orang yang dia sayang.

Sehingga suatu hari kami membuat VC dan saya nampak matanya bengkak dan dia ceritakan kalau duda tu rujuk semula dengan j4ndanya demi anak-anak.

Macam yang saya katakan kawan saya ni kalau dah sayang memang akan sayang gila-gila. Dia sanggup menjadi isteri kedua sebab duda ni pun sayang kat dia katanya.

Dan saya yakin dengan ilmu agama dan tahap kesabaran yang dia ada, dia mampu survive hidup berpoligami sebab itu sebagai kawan saya tak menghalang. Haish.. kenapalah bukan dengan saya.

Penceraiannya pun berjalan dengan lancar dan baik. Mereka dah sampai tahap redha sebab tu tak rasa kecewa. Anak-anak semua tinggal dengan bekas suaminya sebab bekas suaminya nak kawan saya cari bahagianya sendiri.

Tapi malang bagi dia. Lelaki tu tak sayang kat dia macam mana dia sayangkan lelaki tu. Lelaki tu kuat mengayat perempuan lain dekat fb. Walaupun dah mempunyai isteri dan kawan saya sebagai kekasih tapi masih mengayat perempuan lain lagi.

Lelaki tu hanya mempermainkan perasaan kawan saya. Lelaki itu sebenarnya biasa je dari segi rupa dan harta tak sehebat mana seperti yang saya sangka.

Macam manalah kawan saya boleh jatuh hati. Tak berbaloi rasanya derita dan kecewa dia pada orang yang sebegitu.

Tiap hari kawan saya menangis teringatkan lelaki tu. Saya nasihatkan kawan saya supaya bersabar, sembahyang istikharah dan tahajud setiap malam supaya dia dapat kumpul kekuatan diri untuk meneruskan atau memutuskan sahaja perhubungan.

Alhamdulillah, kawan saya mampu meningg4lkan lelaki tu walaupun saya tahu hatinya retak seribu. Sekarang, dia dalam proses move on. Saya doakan Allah tak membolak balikkan hati kawan saya dan semoga lelaki itu mendapat bal4sannya kerana mempermainkan hati kawan saya.

Saya nak minta pendapat semua.
1. Pujuk dia dan bekas suaminya berbaik semula.
2. Pujuk dia kahwin dengan saya.
3. Terus kekal sebagai kawan dia.

Comments

Popular Posts