“Saya ada tanggungan.. 3 isteri tinggal berdekatan dengan saya” Diri sudah bau may4t. Tubuh pun bertukar geIap..” – Luahan Salleh Yaakob undang sebak netizen



 ” Orang tahu saya seorang banyak cakap..”

Itu lah kata-kata pelakon Saleh Yaacob, legenda hiburan tanah air yang cukup disegani. Beliau lama menceburkan diri dalam dunia seni, sejak tahun 80-an lagi.

Umum mengenali Saleh yang terkenal sebagai penghibur serba boleh yang berbakat sebagai penyanyi, pelakon, pelawak dan pengacara.

Selain bergelar seorang penyampai radio Sinar yang berkhidmat selama 14 tahun, Saleh pernah tampil dengan lima album dan berlakon lebih 14 filem.

Bakat melawak sudah ada dalam dirinya sejak kecil. Membuka cerita, Saleh mengakui amat meminati filem-filem lama dan sering meniru lakonan karakter lama sebagai wadah hiburan.

” Saya masih ingat, ketika menuntut di darjah enam, saya pengs4n selepas terjatuh gara-gara meniru aksi dalam filem Ali Baba Bujang Lapok.

” Salah seorang cikgu menyangka saya sudah m4ti. Mereka kendong saya sampai ke klinik. Walhal masing-masing ada kereta mewah,” ceritanya.

Kata pelakon ini, dia bukan seorang yang berpelajaran tinggi. Hidup serba kekurangan dan dibesarkan dalam keluarga susah.

” Hidup di kampung cukup susah. Mandi air telaga, lampu pakai pelita.

” Dalam pelajaran saya tak kejar lebih. Bagi orang dahulu, kerja kerani pun sudah dianggap bagus. Kalau balik kampung tunggang motosikal sudah dipandang tinggi. Penduduk gelar ‘orang KL’,” ceritanya lagi.

Hampir setiap hari makan telur goreng dan sardin

Sebelum menempa nama sebagai Saleh Yaacob, penghibur ini pernah melakukan bermacam-macam jenis kerja.

Dari kerja kilang, sehinggalah kerani perkapalan. Semua ditempuhnya demi kelangsungan hidup pada ketika itu.

” Saya datang ke Kuala Lumpur untuk bekerja. Bermula dengan kerja kilang, dibayar RM5 sehari.

” Tinggal rumah setinggan di tepi landasan kereta api. Hampir setiap hari makan telur goreng dan sardin. Guna pula air telaga untuk keperluan harian.

” Kemudian saya ditawarkan kerja sebagai kerani. Tugas periksa muatan kapal yang berlabuh di pelabuhan Klang. Selepas itu, bekerja pula di kilang kertas,” katanya.

Pada tahun 1980, Saleh cuba memasuki bidang seni dengan menyertai Pentarama di bawah Jabatan Penerangan Malaysia selama tiga tahun.

” Masa itu, saya tak ada asas menari, berlakon, melawak. Saya terjumpa penyanyi, Shidee dan minta dia ajar saya menari.

” Rupanya dia juga tidak tahu menari. Selepas itu, baru saya ambil kursus dan belajar pelbagai jenis tarian sebagai asas,” selorohnya.


Diri bau may4t. Tubuh bertukar gelap

Umum mengetahui, sekitar tahun 2000, Salih diuji s4kit. Membuatkan dirinya hilang dari radar seni buat seketika. Katanya, pengalaman itu terlalu berat untuk dikenang. Justeru dia enggan berkongsi terlalu mendalam.

” Macam-macam saya lalui. Diri bau may4t. Tubuh bertukar gelap. Ada yang kata saya dah tak ada.

” Saya seakan sudah pergi ke alam lain. Melihat jasad sendiri. Kalau saya cakap, orang kata saya g1la. Tohmahan orang, saya maafkan,” ceritanya.

Ketentuan Tuhan, Saleh diberi kesembuhan dan bangkit daripada kesak1tan.

” Lepas album ketiga, suara saya hilang. Hilang terus. Saya memikirkan, apa lagi tentang aku yang boleh menjadi punca pendapatan.

” Masa itu saya dah tak terima tawaran buat show. Tapi rezeki datang. Pihak radio Sinar tawarkan jadi penyampai. Saya macam tak percaya. Kata saya ‘agak-agaklah’.

” Macam-macam saya cuba. Sampaikan laporan trafik pun ada. Pegang pelbagai gelaran. Contoh Abang Jamm. Tak sangka, kerja di konti serasi dengan saya,” kongsinya.

“Alhamdulillah, rezeki untuk saya dan keluarga masih lagi Allah kurniakan. Walaupun sudah setahun saya tidak bekerja dan sekarang PKP pula, rezeki diperoleh itu mencukupi.

“Syukur pada Allah kerana saya juga tak perlu minta bantuan untuk keluarga. Paling bermakna, Allah kurniakan juga kesihatan yang baik pada saya, isteri-isteri, anak-anak dan cucu,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Saleh, dia juga tenang menjalani kehidupannya sekarang apabila sepenuh masa banyak diluang bersama keluarga tersayang.

“Alhamdulillah, tiga isteri saya tinggal berdekatan. Jadi, tiada masalah untuk saya ke rumah mereka dan hidangan makanan pun saling membantu.

“Kemuafakatan sesama kami semua, cukup buat saya gembira menjalani kehidupan yang tinggal saki-baki ini. Syukur, selama ini Allah sudah memberi terlu banyak kepada saya,” katanya

Berkongsi pandangannya terhadap penularan pandemik c0vld -19 di Malaysia dan seluruh dunia, Salih berkata, dia melihat positif yang mana Allah kini memberi peringatan kepada manusia.

“Sekarang, saya lebih selesa muhasabah diri. Apa yang berlaku ketika ini, saya melihat pada sudut pandang positif yang mana ia kasih sayang Allah dan saya yakin ada hikmah di sebaliknya.

“Saya hanya mahu terus bersyukur dan reda dengan perjalanan kehidupan sekarang, termasuk mahu terus perbaiki diri dan beramal, apatah lagi ketika ini Ramadan,” katanya.

Saleh berkata, dia juga menganggap sudah bersara dari kerjaya seni apabila meninggalkan konti radio Sinar FM tahun lalu selepas 13 tahun berkhidmat berikutan faktor usia dan kesihatan diri.

Sudah meninggalkan karier lakonan sekitar 20 tahun lalu, Saleh pernah jadi perhatian dalam filem era 1980-an seperti Jejaka Perasan Keluarga 99, Azam dan Mr Os.

Saleh pernah memiliki empat isteri, tetapi sudah bercerai seorang daripadanya pada 2015 selepas 23 tahun hidup bersama.

Kini, Saleh bahagia meneruskan kehidupan bersama tiga isteri iaitu Norlizah Mamat, 55, (isteri pertama) Norfara Wahida Sulaiman, 41, (ketiga) dan Samihah Sheikh Ali (Emi), 34, (keempat) yang masih setia bersama dalam susah dan senang.

7 fakta mengejutkan tentang Saleh Yaakob

1) Lahir pada 25 November 1961, kerjaya Saleh bermula setelah uji bakat Pentarama Jabatan Penerangan Malaysia pada tahun 1980 dan bertugas sebagai penari dan penyanyi.

2) Setelah tiga tahun bersama Pentarama, Salih meneruskan kerjayanya bersama Orkestra Tentera Darat (OTD) sehingga tahun 1986.

Semasa dengan OTD, penerbit Baharuddin Kadir sering memerhatinya dan daripada situlah beliau ditawarkan untuk muncul dalam program Mekar Sejambak.

3) Pada permulaan karier sebagai pelakon juga ramai orang yang membandingkan Saleh dengan Allahyrham S. Samsudin, disebabkan oleh bentuk tubuh yang hampir sama.

4) Menyertai Sinar pada 2006, beliau menjadi penyampai untuk rancangan Sinar Pagi bersama Raja Azura dan Khairil Rashid sehingga 2015. Beliau kemudiannya berpindah ke segmen Santai Sinar Bersama Feeya Iskandar CikPiah pada 2016.

5) Filem yang Saleh paling gemari pula adalah Keluarga 99 arahan A.R Badul kerana penggambaran dibuat di Thailand. Malah kerana lagu itu orang masih mengingati lirik “1 and 2, 2 and 3… 3 and 1, I love U..”

6) Saleh Yaacob pernah dicadang untuk menerima anugerah contoh keluarga poIigami dari kerajaan negeri Kelantan kerana mampu menguruskan rumh tngga dengan baik mengikut hukum Islam.

7) Tiga isteri Saleh adalah Norlizah Mamat, 56, Norfara Wahida Sulaiman, 42, dan Samihah Syeikh Ali, 34. Salih bercrai dengan Nor Raha Hamad, 52, isteri keduanya pada 2015.

Daripada keempat-empat perkahwinan itu Saleh dikurniakan 13 orang anak.

Sumber:utusan, hmetro

  “Pulak dah! Kejap Zara Zya, kejap Watie? Mana 1 ni Shuib oi”, soal netizen. Sejak kebelakangan ini, nama pelakon Zara Zya dan pelawak Shuib Sepahtu sering menjadi sorotan warganet. Mana tidaknya, perkongsian gambar mesra di media sosial telah mencetuskan tanda tanya dan persoalan dalam kalangan netizen mengenai status mereka berdua. Malah, ada yang memberi ‘restu’ sekiranya mereka berdua ditakdirkan berjodohan. Status hubungan mesra terjawab akhirnya! Kini, status hubungan mereka berdua terjawab apabila Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad memuat naik satu video menunjukkan dia dan Zara sedang berada di salah sebuah cawangan terbaharu Bubble Bee yang bakal dirasmikan tidak lama lagi. Dalam kapsyen hantaran tersebut iaitu ‘Alhamdulillah, dia setuju’ menjawab segala teka-teki selama ini apabila aktres itu bersetuju menerima pelawaannya membuka cawangan air minuman Bubble Bee. A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) Meninjau di Insta Story milik Shuib dan Zara, difahamkan
  Fazura anggap apa yang berlaku sebagai pengajaran. TINDAKAN Fazura membuat laporan polis pada Ogos tahun lalu akhirnya terjawab apabila pelakon dan usahawan itu mengesahkan ia melibatkan kes pecah amanah syarikat miliknya melibatkan kakitangan yang dipercayai. Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 40, kes tersebut melibatkan beberapa individu berbeza dengan kerugian yang besar. Bagaimanapun pelakon berkenaan enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut memandangkan ia sedang dalam siasatan pihak berkuasa. “Betul, memang ada isu pecah amanah yang sangat berat. Kes membabitkan kakitangan sementara dengan sejumlah wang yang banyak. Fazura serah kes pecah amanah kepada pihak berkuasa. “Bukan satu kes sahaja, sebaliknya ada beberapa kes lain melibatkan individu berbeza. “Saya tak mahu ulas panjang mengenainya kerana kesemua kes ini masih dalam siasatan pihak polis, Insya Allah kita akan tahu lebih lanjut nanti,” katanya kepada mStar. Fazura berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui


Comments

Popular Posts