Anak Dibawa Lari Lelaki Indonesia, Tiba-Tiba 1 Keluarga Ngantuk & Terbau Wang


136
SHARES

Sebentar tadi, hebahan mengenai kehilangan seorang gadis berusia 16 tahun bernama Aliah Qistina Budiyanto telah menjadi tular. Rupanya, pelajar Tingkatan 4 berkenaan sudah gagal dijejaki sejak malam 17 Mac dikatakan telah dibawa lari oleh seorang lelaki Indonesia.

Jam 11 malam si adik tengah minum air & dengar pintu dapur rumah kami diketuk sangat kuat

Dalam video penjelasan yang dimuat naik oleh ibunya ke TikTok, kronologi kejadian bermula sekitar jam 11 malam di mana pintu dapur mereka diketuk dengan sangat kuat. Lalu, nenek meminta Qistina untuk menjengah andai kata ada orang di luar tanpa membuka pintu. Namun katanya, tidak ada sesiapa kelihatan.


Kita rasa mengantuk padahal tengah tengok cerita kelakar ketawa berdekah-dekah

Sedang menonton cerita kelakar saat itu, wanita ini berkata mereka sekeluarga tiba-tiba rasa mengantuk dan terlelap. Apabila tersedar, si ibu bertanya adakah anak-anak masih mahu menonton televisyen lagi? Maka dia meminta si adik untuk pergi bertanya kepada kakanya, Qistina yang saat itu sedang menukar baju lain dalam bilik kerana merasa sejuk (aircond).

Dengan cepat, mata saya terlelap lagi tapi kali ni lebih lama sebelum terbau wangian

Sekali lagi, dia tertidur dan terhidu satu haruman yang sangat kuat apabila terjaga. Cuma kali ini, pintu dapur dan hadapan rumahnya sudah terbuka luas tanpa kunci. Apabila dicari dalam rumah, Qistina didapti sudah tiada lantas mereka terus keluar memulakan pencarian. Pelbagai usaha sudah dilakukan termasuklah mendapatkan bantuan perawat Islam, namun Qistina masih belum dijumpai sehingga ke hari ini.




Comments

Popular Posts