“So sweet!” – Aksi Spontan Wan Azizah ‘Wish Birthday’ Dekat PMX Curi Tumpuan
Ikuti kami di Facebook , Youtube , Twitter , and Instagram untuk berita terkini setiap hari. Aksi spontan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail ketika bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim ternyata mencuri perhatian. Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran Perdana Menteri yang ke-76. Menerusi video yang dikongsi di Instagram, Dr Wan Azizah dilihat begitu teruja dengan melambaikan tangan dan menghulurkan salam apabila kelibat suaminya mula kelihatan di depannya. “Setahun meningkatnya umur. Semoga Allah izinkan dipenuhi mawaddah rahmah sakinah dalam iman dan taqwa,” tulisnya di ruangan kapsyan. Pada akhir klip video tersebut, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu turut berkongsi gambar dirinya bersama Anwar dan cucu-cucunya yang diiringi ucapan ulang tahun kelahiran. “Happy birthday Papa Tok, we love you so much,” ujar ucapan itu. Video tersebut telah menarik perhatian ramai, rata-ratanya begitu teruja melihat momen itu dan merasakan ia sang...